Mister Disagree

"Be the change you wanna see in the world" - Michael Scofield


Sabtu lepas aku jalan2 kat Midvalley ngn shootsyhada. lepas abih tgok wayang kami lalu depan dewan pameran level 3 n shootsyuhada cakap ade showcase maybank so die ajak aku masok mane la tau boleh buat kredit kad sebab ak memang da lame nk buat cc cume xberkesempatan..

Skali ade maybank promoter offer kami buat cc n die ckp boleh siap dalam mase sejam saja tanpa perlu apa2 dokumen sampingan selain ic dan statement kwsp yg boleh di print kat situ jugak. Dia cakap lepas dpt sms dr maybank dlm mase sejam, ktorg boleh collect cc kat credit card collection counter.

so lepas isi borang ktorg jalan2, beli tako-tako, makan MacD.. mase mkn MacD ktorg dpt msg dr Maybank bagi tau yg permohonan ktorg berjaya. lepas collect cc ktorg balek..



...Isnin petang mase bosan2 tggu mase nak abih waktu keje ak try talipon maybank utk tanyer berkenaan e-statement utk cc. Dengan menggunakan otak yang bekeupayaan Processor Pentium4 1.9GHz dan berkapasiti memory 256Mb, ak cube merakam perbualan talipon melalui minda seperti dibawah..


No Talipon: 1-300-88 6688
Dail: 1-4-4-2-3
Setelah membuat pengesahan, ak pon mula bertanyakan beberapa soalan...

Ismail: Saya tiada akaun maybank tapi saya mahu menerima e-statement melalui email saja, boleh ke?
Cik cs: Encik kena pergi ke cawangan maybank berdekatan, dapatkan no pin untuk aktifkan maybank2u, masukkan no pin di ATM utk dapatkan password maybank2u dan gunakannya untuk create akaun Maybank2u

Ismail: Tapi ari tu CS kat midvalley tu cakap xpayah buat maybank2u, maybank boleh teros hantar melalui email je.
Cik cs: Tak boleh encik. tapi encik boleh buat maybank2u tanpa buka akaun saving maybank, khas untuk cc encik.

Ismail: So kiranya saya boleh buat akaun maybank2u tanpa membuat maybank saving akaun terlebih dahulu la ye?
Cik cs: Ye betul encik

Ismail: Andai kata saya tidak menggunakan cc saya selama setahun, adakah saya akan dikenakan apa2 cas tambahan?
Cik cs: Jika encik tidak menggunakan cc untuk 6 bulan pertama, secara automatik cc encik akan terbatal.

Ismail: Bagaimana pula jika lepastu saya nak buat balik?
Cik cs: Kami akan aktifkan balik cc encik yang batal tu

Ismail: Saya ada 2 kad, mastercard n american express. adakah ia menggunakan akaun maybank2u yang sama?
Cik cs: Ya encik

Ismail: Adakah saya dikenakan apa2 caj tambahan jika cc statement diterima melalui pos ke alamat rumah?
Cik cs: Kebiasaanya memang kami menghantar statement melalui pos ke alamat rumah dan tiada cas dikenakan. tetapi jika sebelum itu encik menyemak cc statement melalui e-statement dan ingin menukar ke kaedah pos, caj tambahan akan dikenakan sebanyak RM5 untuk setiap statement(setiap bulan).

Ismail: Bila Tarikh Keluar kredit card statement?
Cik cs: Mengikut maklumat pada akaun encik ni, setiap 6 hari bulan

Ismail: Bila tarikh akhir pembayaran untuk setiap bulan?
Cik cs: 20 hari selepas statement keluar bermakna 26 hari bulan pada setiap bulan

Ismail: Bagaimana jika saya lewat membuat pembayaran?
Cik cs: Encik akan dikenakan caj kelewatan dan kewangan

Ismail: Berapa kena bayar untuk caj kelewatan dan kewangan?
Cik cs: Caj kelewatan sebanyak RM10 hingga 1% dari jumlah bayaran dan caj kewangan sebanyak 8.88% dari jumlah bayaran.

Ismail: Berkenaan dengan maximum limit, jika maksimum limit saya ada sebanyak RM10K. Andai satu hari saya telah swipe cc saya sebanyak RM2K dan kemudian bulan depannyer saya telah langsaikan hutang RM2K tu, kirenyer baki cc saya akan jadi RM10K balik la ye?
Cik cs: Betul tu

Ismail: Bagaimana jika cc saya da sampai tarikh luput (7/2017)?
Cik cs: Biasanya 2 bulan sebelum tarikh tamat tempoh cc encik, kami akan bagi encik cc yang baru.

Ismail: Boleh tak kalau saya nak tambahkan maksimum limit cc sy dalam jangka masa sebelum 7/2017?
Cik cs: Boleh.. tapi biasanya kami hanya benarkan penambahan maksimum kredit selepas setahun.

Ismail: Perlu ke saya sertakan dokumen sampingan?
Cik cs: Perlu, ic, cc dan salinan slip gaji

Ismail: Jika saya ingin guna kaedah EPP untuk sebarang pembelian, bagaimana tempoh dan pembahagian akan ditentukan?
Cik cs: Jika encik gunakan kaedah EPP, pembahagian dan tempoh akan ditentukan oleh pihak kedai samaada 6,12 atau 24 bulan dan pembayaran akan dibuat dengan pihak kedai sepenuhnya.

Ismail: Bagaimana pula jika saya xnak gunakan EPP?
Cik cs: Andai kata encik membuat pembelian sebanyak RM2000, maka bila statement sampai encik perlu membayar RM2000 sebelum tarikh akhir pembayaran.

Ismail: Kalau saya lewat bayar?
Cik cs: Macam saya cakap tadi, encik akan dikenakan caj kelewatan dan kewangan. tapi kami boleh bantu encik dengan cara encik membuat pembayaran minima sebanyak 5% terlebih dahulu sebelum 26 hari bulan dan selepas itu baru bayar ansur2 untuk elak daripada dikenakan caj kelewatan tapi encik akan tetap dikenakan caj kewangan untuk baki tadi. Tapi jika encik bagi tahu kami yang encik mahu pihak maybank membayar rm2000 tadi terlebih dahulu sebelum 6 hari bulan pon boleh, kami akan tolong bayarkan so segala urusan pembayaran selepas itu adalah antara pihak maybank dengan encik dan encik juga akan dikenakan caj kewangan kerana kami telah menegeluarkan duit kami untuk membuat pembayaran bagi pihak encik terlebih dahulu.

Ismail: Ada apa2 lagi saya boleh tahu?
Cik cs: Jika encik membuat pengeluaran tunai...

Ismail: Boleh buat pengeluaran tunai jugak ke?
Cik cs: Boleh cuma xdigalakan. dan kami akan kenakan caj 5% untuk jumlah pengeluaran tunai yang encik keluarkan. so encik xdigalakkan membuat pengeluaran tunai tapi jik terdesak boleh la.

Ismail: Macam mana saya nak buat pengeluaran tunai?
Cik cs: Sama seperti menggunakan kad debit, masukkan cc untuk keluarkan duit.

Ismail: Bagaimana jika saya mahu keluar negara?
Cik cs: Kami galakkan encik hubungi maybank kenegara mana encik nak pergi.

Ismail: Kalau saya xbagi tahu?
Cik cs: Jika encik xbagi tahu, kami akan block cc encik kerana jika sebelum ni kebiasaannya encik membuat transaksi di dalam negara, ia kelihatan mencurigakan apabila tiba2 transaksi dilakukan di luar negara.

Ismail: Bagaimana jika saya travel dari satu negara ke satu negara lain tanpa dirancang selepas itu?
Cik cs: Encik boleh hubungi maybank dari luar negara melalui nombor yg tertera di belakang cc encik. kami memang galakkan pengguna cc memaklumkan pada kami sebelum mereka keluar negara

Ismail: So kire nyer jenis cc samaada visa, mastercard or american ekspress tidak la khusus untuk penggunaan dalam dan luar negara. dia sebenarnya bergantung samaada kedai tu support atau tidak jenis cc yang saya guna tu. macam tu ke?
Cik cs: Betul encik.

Ismail: Rasanya tu je la kot
Cik cs: Terima kasih kerana menghubungi kami encik

17.12.2010@last friday was my last day as a student..
selamat tinggal alam student..
slamat datang alam kerjaya..
bukan 2 alam arahan dr. rambut cendawan ya..
agak murah rezeki ku..
2 bulan LI teros dpt keje..
kire cukup bulan ni da masok 4 bulan keje..
but still under probation..
better than dok umah xde keje..


28 nOVEMBER 2009...
kira2 jam 11 - 1 ptg...
1 kecurian telah berlaku...
melibatkan hnset aku W580i...
yg bengang nyer..
bkn org lain, sedare sndiri...
mmg die suspek utama, 99.99%...
da la muke budak hidu gam punyer org "bak kate makcik aku"...
kompem2 jual hnset bli gam...
sungguh xboleh d maafkan...
henset yg da banyak bejase selame aku degree nie...
xpe..
2 ari ko...
semoge anak2 n keturunan ko di timpa bala tuhan sepanjang hayat...
n aku xhalalkan duit yg terhasil drpd hnset 2...
ape2 pon..
semoga tuan yg akan gune hnset aku lepas nie menjaga nyer dgn baik...
sebagai kenang - kenangan...
kat bawah nie ade gambar die...my PA yg da dibawa lari...
gamba copy dr google pon jadi la...



Nama saya ismail...
Biase org panggil saya abg. is...
sgt suka bergambar...
Cute...
sweet & romantik...
hebat dan genius...
gambar kat atas 2 sume info tok korang...
mcm mane care nak susun gmbr biar kelihatan menarik...




ARSENAL FC
Ini pulak lambang arsenal fc...
kelab bolasepak terhebat d dunia...
dgn terdiri dari pemain terhebat sepanjang zaman...
cth: Denilson, Bendtner, Eboe, Silvester & lain2..
star bukan??
kaji gmbr kat atas untuk tau lbh lanjut...
EPL, CL,Carling & FA cup 2009/2010 are Ours!!!!



DISAGREE BAND
Dgr sini saya mau citer...
Disagree bkn international band...
even level dorg same cam band2 luar negara..
jgn xtau...
dorg ni pon one of our indi band kat malaysia nie..
single2 dorg gempak2...
mule2 dgr lagu crumbs dulu igt 3 doors down yg bawak...
last2 bru tau yg dorg nie band malaysia...
start dr time 2 la wa mula daftar jd die hard fan dorg...

pnh mng bnyk award...
kt AIM, pnh jd calon icon malaysia...
bangga btol...
kini dorg da kuar single terbaru...
osaka...
nak dgr?? sila klik d sini...


* Perhatian: Tulisan yg warna merah 2 maknanyer 50% saja tahap kebenarannya...