Pada pertengahan 1950-an, sekumpulan pemimpin negara diketuai Tunku Abdul Rahman telah menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British. Setelah itu, tercapailah kemerdekaan Tanah Melayu pada hari berserjarah ini :: 31 Ogos 1957 ::
Pasca merdeka mengajar kita untuk ke arah berkerajaan sendiri dan memimpin negara kita dengan acuan sendiri selepas berkurun lamanya kita dijajah bangsa asing. Kerajaan yang pada awalnya dibentuk mempunyai beberapa kelemahan dek kerana kekurangan pengalaman. Di tambah dengan acaman komunis, ketidakseimbangan ekonomi, rusuhan kaum dan macam-macam lagi. Ramai orang berkata bahawa Malaysia bagaikan retak menanti belah. Namun, sangkaan mereka meleset.
Selepas 5 dekad kita merdeka, kita menjadi antara negara yang paling maju. Kita disanjung tinggi di Asia Tenggara, kita dihormati di mata dunia. Berjaya membangunkan negara yang telah "dicuri" harta kekayaan buminya, namun mampu bangun menentang arus globalisasi dengan jayanya.
Apa formula rahsia yang kita guna? Banyak negara tertanya-tanya. Jawapannya ialah faktor perpaduan berbilang kaum. Jika banyak negara menganggap berbilang kaum sebagai liabiliti, di Malaysia, ia adalah aset yang menjadi kekuatan negara kita ke hari ini. Kita raikan kemajmukan kaum sebagai faktor kekuatan, bukannya kelemahan.
Namun, terdapat segolongan masyarakat cuba untuk melakukan huru-hara. Semua ini bertunjangkan agenda sendiri. Menggunakan pentas politik, agama, bangsa untuk memecah belahkan kaum dan memporak perandakan keharmonian yang sering kita sanjung dan junjung dinegara kita.
Tembok dan jambatan keharmonian yang dibina oleh pemimpin masa lalu perlu dikekalkan. Bukan dimusnahkan. Bukan mudah tembok dan jambatan keharmonian itu terbina. Kita perlu bajai dan pupuk nilai-nilai yang baik keatas keharmonian itu..

Kita perlu kekalkan jambatan dan tembok keharmonian itu."Kenapa perlu kekalkan? Biarlah ia berubah mengikut arus globalisasi". Mungkin ramai yang akan kata begini dan menyifatkan kita adalah kuno kerana nak berpegang kepada benda-benda lama. Kontrak sosial lah, bahasa melayu lah dan lain-lain. Namun sejarah dunia telah menunjukkan bahawa jatuhnya sesebuah tamadun dan kerajaan bilamana leka dan lalai dalam mengekalkan keharmonian disamping ada makhluk-makhluk durjana yang terlampau bernafsu utk memenuhi keinginan sendiri. Negara diketepikan begitu sahaja. Perlu kita tahu, apa yang kita ada pada hari ini bukannya mudah untuk dikecapi. Bak kata pepatah, "pipih tak kan datang melayang, bulat tak kan datang bergolek". Kita kecapi semua hari ini selepas beribu-ribu nyawa melayang, berjuta-juta tangisan air mata mengalir, selepas bertungkus lumus pemimpin kita kehulu kehilir utk mendapatkan kemerdekaan. Kita generasi muda dan generasi masa hadapan perlu mengekalkan ini semua!
Para wira-wirawati negara, para pendidik, warga korporat, usahawan, dan pada semua yang menjayakan Malaysia sebagai negara yang maju, andalah yang mencipta kemakmuran di negara ini.
Sepanjang 5dekad kita menjadi negara yang bebas, banyak peristiwa dilalui dalam mencapai kemakmuran dan keamanan. Daripada ancaman komunis bintang tiga, beralih pula kepada krisis hubungan kaum 13Mei1968. Diteruskan lagi dengan kemelesetan ekonomi dunia tahun 80-an, diikuti dengan krisis kewangan 1998, semua ini kita berjaya atasi dengan jayanya. Kita negara terbilang.
Tapi mengapa sekarang kita berpecah? bermusuhan sesama kaum dek kerana fahaman politik sempit, semua yang kerajaan tidak ada yang betul. isu harga minyak naik, pemimpin lemah, rasuah, PPSMI dan segala macam tuduhan melulu dilempar tanpa berfikir apa sebenar sumbangan mereka pada negara. adakah kerana dengan pangkah parti lain akan dapat jalan penyelesaian? sedangkan kita lihat kini mereka lebih banyak menindas rakyat, merompak tanah, menghapuskan DEB, projek mega ternakan khinzir, menaikkan harha rumah PPRT hingga 100%. tapi kenapa kita masih tidak sedar? jawapanyya kerana rakyat malaysia lebih suke mendengar daripada menyelidik. itu lah kelemahan kita. segala tuduhan yang dilempar hanya fakta pendek yang telah dipotong ayat seterusnya supaya sedap didengar dan mendapat perhatian masyarakat dan kita sebagai raykat yang lebih gemar mendengar sudah tentu tertarik tanpa menyelidik apa ayat seterusnya
Di mana belia kini? dijalanan? di lorong-lorong gelap? mengapa? bukan kah mereka sepatutnya giat menuntut ilmu supaya menjadi aset yang berguna kepada negara. walaupun di IPTA mengapa masih mempertikai dan menyalahkan kerajaan yang telah meletakkan mereka disana. adakah mereka tidak terlintas langsung untuk berfikir dan berterima kasih walaupun bukan itu yang diharapkan. cukup lah sekadar menghargai dan bukan menentang dek kerana lahir dari keluarga yang memang gemar membangkang. fikirkan lah anak muda apa sumbanganmu pada negara.Diharap, hari esok lebih baik daripada hari ini
Selamat ulang tahun kemerdekaan malaysia yg ke-52...